Kundasang War Memorial Park

Fuh.. terasa bertuahnya dapat menjejakkan kaki kat War Memorial Park ne.. tak sangka tempat ne sgt cantik.. ya before d baik pulih mmg x secantik skang la tp sgt berbangga sb ia sgt menarikk.. boleh kalah lg Tugu A-Famosa kat Melaka tu tau.. hehe

Jom terjah beberapa slot yg sempat kami snap2.. kikiki

536236_4916186642531_1034204742_n (1)

 

ne dia pintu masuk.. nak masuk bayar RM2.00 je.. sgt berbaloi..heheeh

1382198_4916141761409_2046803875_n  1383620_4916143441451_56403023_n

Taman yg sgt cantik.. banyakk bunga.. nak je petikk tp ada cctv.. hehehehe

1394042_4911473524706_2111672628_n

View yg sgt cantikk….rugi x datang

Outing with Love + Guru Tabika Perpaduan

Oraite, kami plan dengan guru2 this year outing p Kundasang pla.. tahun lepas ke Labuan.. tp yg best kali ne sb my love ada join skali.. hehehe. Tapi malangnya kmi tak bermalam kat sana sebab ada guru2 aku tengah pregnant,, so mmg xdpt join g kundasang la.. kesian..hehehe.tujuan kitaorg p sana x outing semata2 tau.. dalam masa yg sama juga kmi mlawat Tabika Perpaduan kat Kundasang tu jg.. kira Lawatan Kasih Sayang gitu… hehehe..Kalo korang rasa macam dah sesat tu jangan malu dan segan tanya orang tempatan, InsyaAllah diaorang dengan senang hatinya membantu.

Hayakk….introduction berjela-jela pla..
Okay, lets start ^^

KUNDASANG

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang lebih kurang 1 jam setengah ke dua jam. Tapi time sebelum aku pergi sana aku ada priview blog-blog orang, dorang kata perjalanan dorang hampir tiga jam. Aku tak pasti antara dorang lambat atau kitaorang bawa laju sangat. Apa-apa pun kalau korang yang berhajat nak pandu kereta kat sana aku nasihatkan orang yang bawa kereta tu kena ada skill memandu yang tinggi sebab bila dah start kat kaki gunung tu feeling2 jalan cameron hingland and genting highland sikit. Orang-orang kat sana bawa pun boleh tahan laju gak tu yang bahaya sikit tak kira lori trailer panjang tau.. hehehe. Tapi kalau korang bawa lambat and tak berani nak potong memang korang akan terperangkap dalam jammed la jawabnya. So yang penting pandu dengan cermat okay ^^

IMG_0572

1. KINABALU PARK
Kat Kinabalu Park ni tempat betul-betul kat kaki bukit Gunung Kinabalu, so kalau orang nak mendaki Gunung Kinabalu tu kat sini lah. Pemandangan area sini memang cantik tapi time kitaorang datang sini awal pagi lagi so kabus banyak lagi jadi tak dapat lah kami nak menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. Kalau korang nak tengok pemandangan cantik tengah-tengah hari sikit kabus dah kurang kot

IMG_0596

2. Dairy Farm (DESA)
Waa… first time sampai kat sni… skali pandang… punyaaaaaaa smart… angin pun kuat.. x payah nak p New Zealand ok.. sni da rasa mcm kat sna kot.. Yang menariknya dekat Dairy Farm ni aku rasa pemandangan dia cantik , memang terbaik gila, bagi akulah kan tapi tak tau la korang. Kalau nak buat photoshoot kat sini memang sesuai sangat. Tapi pic aku ambil just pakai ipad so tak segah DSLR la kan (Mata keatas tangan dibahu). Yang kedua susu kat sini SEDAP! okay , ni baru nama terbaik dari ladang, fresh tuuu harga pun murah dr supermarket.. RM3.5 je tauuu . Yang ketiga kat sini ada lembuuu, yeah !! I dah feeling2 New Zealand tau…hihi
IMG_0644
Perisa Coklat.. yummy sedappp
1385916_4916172162169_1698765470_n

 

 

 

 

 

 

 

My love

 

 

1382873_4916149361599_1808133094_n  Guru-guru Tabika Perpaduan

 

1383342_4911137516306_1599024002_n Kami berlatarkan Gunung Kinabalu.. hehehe

Tempat Menarik Kat Sabah

Sabah merupakan salah satu negeri yang terdapat di dalam peta Malaysia. Besarnya Sabah memang tak terkata. Di Sabah terdapat beberapa tempat menarik untuk dilawati samada yang suka kan aktiviti lasak atau pun feeling-feeling cantik je.

Antara tempat-tempat menarik yang terdapat di Sabah dan pernah aku pergi adalah :

1) Tip of Borneo (Simpang Mengayau) – Kudat

Tip of Borneo ini merupakan penghujung negeri Sabah dan merupakan pertembungan antara Laut China Selatan dan Laut Sulu. Jika anda antara pengunjung bertuah di sana, anda akan dapt melihat ombak antara kedua-dua laut tersebut bertembung di hujung batuan. Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kudat mengambil masa lebih kurang 3jam.

2) Kampung Tampi-Tampi – Semporna
Kawasan pulau ni memang cantik dan tempat ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Duyung keluaran KRU. Memang cantik kawasan dan airnya sungguh jernih.
2) Kampung Tampi-Tampi – Semporna
Kawasan pulau ni memang cantik dan tempat ini pernah dijadikan lokasi pengambaran filem Duyung keluaran KRU. Memang cantik kawasan dan airnya sungguh jernih.
4) Sepilok – Sandakan
Ini juga merupakan lokasi yang wajib pergi jika ke Sandakan. Tapi agak jauh kalau menaiki kenderaan darat kerana Sepilok terletak di daerah Sandakan. Sepilok merupakan tempat lindungan Orang Utan yang tidak di kurung di dalam sangkar. Bayaran dikenakan untuk menyaksikan gelagat Orang Utan makan tetapi terdapat waktu-waktu tertentu sahaja yang dibenarkan untuk melawat. Waktu pagi 0900-1100 dan pada waktu petang 1430-1540.
5) Kolam Ikan Kelah – Ranau
Spa Ikan Kelah ini terletak di Kampung Luantin, Ranau. Terdapat laluan sungai yang dipenuhi dengan ikan kelah yang akan memakan kulit-kulit mati di kaki anda. Sesiapa yang lebih ekstrem boleh berendam terus ke dalam sungai tersebut. Bayaran yang di kenakan adalah Dewasa RM10 dan Kanak-kanak RM5 dan waktu yang diberikan lebih kurang 15-20minit.
6) Gunung Kinabalu – Kundasang
 Ini merupakan lambang kepada Negeri Sabah. Sesiapa yang pergi ke Sabah tetapi tak pergi sekurang kurangnya kaki Gunung Kinabalu amatlah rugi. Udaranya sungguh bersih dan nyaman. Melihatkan puncak gunung tersebut, hilang segala kepenatan yang dirasai sepanjang perjalanan dan mensyukuri keindahan yang Allah jadikan.
7) Pulau Manukan, Pulau Sapi & Pulau Mamutik – Kota Kinabalu
 Pada sesiapa yang sukakan aktiviti air, boleh la ke Pulau Manukan, Pulau Sapi dan Pulau Mamutik yang terletak di Kota Kinabalu. Feri yang perlu diambil untuk ke sana bertolak dari Jetty Jesselton. Harga yang dikenakan bergantung ke pulau mana yang menjadi pilihan kalbu. Untuk ke Pulau Manukan, harga bagi Dewasa RM 27 pergi dan balik. Air di setiap pulau-pulau tersebut sangatlah jernih hingga dapat melihat hidupan di dasar dengan mata kasar. Aktiviti yang boleh dilakukan di sana seperti Parasailing, Snorkeling, Banana Boat, Fish Boat dan Diving. Bayaran untuk setiap aktiviti dikenakan berasingan.
8) Pasar Filipina –  Kota Kinabalu
 Ini merupakan tempat wajib bagi pelancong apabila datang ke Sabah. Di sini terdapat berpuluh-puluh buah kedai yang menjual makanan laut segar hasil tangkapan nelayan. Ketam, Udang, Ikan, Sotong dan namakan saja makanan laut yang teringin anda makan, insya Allah terdapat di sini.
9) Maliau Basin – Keningau
Tempat ini merupakan salah satu hutan yang belum diteroka oleh manusia secara berleluasa. Apa yang menarik di sini adalah terdapatnya kolam air terjun 7 tingkat. Sangat menarik dan airnya agak kehitaman. Di sini juga boleh melakukan banyak aktiviti seperti “jungle tracking”, “camping”, “water sport” dan lain2.